BOARD MEMBERS

 

MEMBER


Encik Mohd Nazri bin Md Shariff



Encik Mohd Nazri bin Md. Shariff dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA (Memangku) pada 16 Januari 2019. Sebelum perlantikan ini, beliau merupakan Ketua Pegawai Kewangan PR1MA sejak 18 Julai 2016.

Beliau memulakan kerjayanya di Clarke Walker Chartered Accountants di United Kingdom sehingga tahun 1994. Setelah pulang ke tanahair, beliau menyertai beberapa bank komersial dan pelaburan dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan di beberapa syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sebelum menyertai PR1MA, Encik Mohd Nazri merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tradewinds (M) Berhad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Padiberas Nasional Berhad.

Encik Mohd Nazri juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah antaranya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Tradewinds Plantation Berhad dan anak-anak syarikat serta anak-anak syarikat Padiberas Nasional Berhad. 

Berpengalaman lebih 30 tahun dipelbagai sektor korporat, Encik Mohd Nazri merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Fellow Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), United Kingdom.


Dato’ Ahmad Faris bin Yahaya



Dato’ Ahmad Faris bin Yahaya dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 1 Oktober 2018. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ORANGEBEAM Berhad, sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan dengan lebih daripada 30 tahun rekod yang terbukti dalam menyempurnakan projek dan perkhidmatan yang teknikal dan khusus.  

Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang Audit, Perbankan, Penasihat Kewangan dan Perkhidmatan Perundingan.  Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) dan dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Dato’ Ahmad Faris memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Analisis Kewangan dan Perakaunan) dari University of Warwick, United Kingdom dan pernah menghadiri beberapa Program Pembangunan Kepimpinan Bank Negara Malaysia di Amerika Syarikat seperti Drucker School of Management di Claremont Graduate University, Haas School of Business di University of California, Berkeley dan Marshall School of Business di University of Southern California.


Ahmad Shahrul Bin Hj Mohamed



Encik Ahmad Shahrul bin Haji Mohamed dilantik sebagai Anggota Perbadanan PR1MA pada 1 Oktober 2018.  Beliau memulakan kerjaya dengan Messrs. Azman Wong, Salleh & Co diikuti dengan Messrs KPMG sebagai Akauntan Awam Bertauliah dan Akauntan Berkanun. Kini Encik Ahmad Shahrul adalah seorang rakan kongsi di Khairuddin, Hasyudeen & Razi di mana beliau bertanggung jawab ke atas Jabatan Perkhidmatan Audit, Khidmat Nasihat Kewangan dan Pengauditan Teknologi Maklumat (IT Audit).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang audit dan khidmat nasihat kewangan dengan penglibatan di pelbagai industri lain seperti perbankan dan kewangan, insuran, broker saham, pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, perdagangan serta pembuatan. Di samping itu, Encik Ahmad Shahrul juga telah banyak terlibat dalam kerja-kerja pemulihan dan penstrukturan semula syarikat-syarikat yang mempunyai berbagai masalah kewangan. Beliau juga merupakan penceramah yang aktif di mana beliau turut menjayakan beberapa kursus jangka pendek untuk pihak awam dan korporat.

Encik Ahmad Shahrul adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari Universiti Utara Malaysia pada tahun 1994.  Beliau juga merupakan ahli Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA), Certified Information Systems Auditor (CISA), Chartered Accountants Australia and New Zealand (CAANZ) dan Institut Akauntan Malaysia (MIA).